question
stringlengths 67
868
| answer
stringclasses 4
values |
---|---|
Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.
Kerjanya yang __________, dapat menjadikan gubahannya begitu cantik.
A. teliti
B. lemah
C. sopan
D. lembut | A |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Jangan __________ menuduh orang lain kalau tidak ada bukti yang kukuh.
A. diam-diam ubi
B. serkap jarang
C. angkat muka
D. curi tulang | B |
Isi tempat kosong dengan pekataan berimbuhan yang betul.
Syamil menggeletar kerana __________ selepas mandi.
A. disejuk
B. penyejukan
C. menyejukkan
D. kesejukan | D |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Kilang itu dibina dengan wang hasil __________ Amir yang dikumpul olehnya semasa bekerja di luar negara.
A. batu loncatan
B. asam garam
C. tin kosong
D. titik peluh | D |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Sikap Wok Lan yang menyendiri seperti __________ itu menyebabkan rakan-rakannya memulaukannya.
A. kambing hitam
B. kera sumbang
C. lipas kudung
D. patah hati | B |
Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.
Air kopi itu __________ kerana langsung tidak dimasukkan gula.
A. pahit
B. masin
C. manis
D. masam | A |
Isikan tempat kosong dengan kata bantu yang sesuai.
Puan Marina Chin __________ berbual-bual dengan Puan Fauziah.
A. akan
B. mesti
C. sudah
D. sedang | D |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
__________, kalau begini keputusan kamu, aku akan menarik diri!
A. Oh
B. Ah
C. Nah
D. Amboi | A |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan peribahasa yang paling sesuai.
Salmi Farhana berasa __________ kerana gagal memecahkan rekod dalam acara lompat tinggi.
A. makan hati
B. iri hati
C. ada hati
D. buah hati | A |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan peribahasa yang paling sesuai.
Pasangan Dato Khalid dan Datin Siti Norhasliza sememang sepadan jika disatukan laksana __________ .
A. lembu kasi
B. batik lasam
C. kunyit dengan kapur
D. garam dengan asam | D |
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
Pak Mat mengumpul nira __________ dibuat manisan dan tuak.
A. setelah
B. semasa
C. untuk
D. bagi | C |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Pak Amat berasa sungguh letih selepas seharian membanting tulang di sawah. Dia __________apatah lagi sering demam-demam.
A. seperti ikan di dalam belat
B. seperti duduk dalam duri
C. seperti gergaji dua mata
D. seperti ikan kena tuba | D |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
__________, cantik sungguh gaun yang dipakai oleh pengantin itu!
A. Eh
B. Oh
C. Aduhai
D. Wah | D |
Pilih penjodoh bilangan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat berikut.
Mazirah membeli sebatang tebu dan memotongnya agar setiap adiknya mendapat __________ .
A. sebiji
B. seruas
C. sehiris
D. seketul | B |
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
Orang tua itu menderita seorang diri di kampung __________ anak-anaknya hidup senang di kota.
A. jikalau
B. bahkan
C. sedangkan
D. sementara | C |
Pilih penanda wacana yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
"Ayah dan Encik Jamil sedang berbincang di ruang tamu. __________, lebih baik kita berbual-bual di halaman rumah sahaja," kata Raju kepada Moorthy.
A. Biarpun demikian
B. Kalau begitu
C. Oleh itu
D. Lebih-lebih lagi | B |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Aimee berjalan kaki ke sekolah __________ adiknya, Aina pada setiap pagi.
A. bagi
B. demi
C. antara
D. dengan | D |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Budak-budak itu lari bertempiaran __________ apabila ternampak harimau semasa mencari burung di hutan.
A. laksana burung diam dalam sangkar
B. laksana kunyit dengan kapur
C. laksana katak diharung ular
D. laksana batik lasam | C |
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
Sekumpulan pekerja sedang berehat sambil berbual-bual __________ menyambung tugas masing-masing.
A. sementara
B. semenjak
C. sebelum
D. semasa | C |
Isikan tempat kosong dengan kata bantu yang sesuai.
Walaupun tugas ini agak sukar, kamu __________ melaksanakannya juga.
A. mesti
B. belum
C. masih
D. hendak | A |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Dina sentiasa mengulang kaji pelajarannya pada waktu lapang. __________, dia pelajar cemerlang kelas 6 Bestari.
A. Semenjak itu
B. Lagipun
C. Tambahan pula
D. Kemudian | C |
Berikan perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan yang diberikan.
Peter tidak duduk diam di luar wad semasa menanti isterinya bersalin di hospital.
A. seperti cincin dengan permata
B. seperti ikan di dlaam belat
C. seperti cicak berak kapur
D. seperti duduk dalam duri | D |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Para pelajar memperoleh pengetahuan yang berguna __________ lawatan sambil belajar ke Melaka tempoh hari.
A. dari
B. untuk
C. dengan
D. daripada | D |
Isi tempat kosong dengan pilihan jawapan yang betul.
__________ hadirin dipersilakan menikmati jamuan ringan.
A. Para-para
B. Setengah
C. Segala
D. Para | D |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan peribahasa yang paling sesuai.
Perbuatan memberi atau menerima __________ ketika menjalankan tugas boleh dikenakan tindakan tatatertib.
A. duit hantaran
B. duit pecah
C. duit raya
D. duit kopi | D |
Isikan tempat kosong dengan kata bantu yang sesuai.
Pelajar itu __________ bertutur dalam bahasa Jepun dengan baik.
A. mahu
B. dapat
C. sudah
D. hendak | B |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Emak membebel sebab emak __________ tentang hidup kamu. Emak sayang kamu, Eja.
A. ambil berat
B. cari makan
C. cari salah
D. ambil hati | A |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Segala persediaan __________ menghadapi peperiksaan pertengahan tahun telah saya lakukan sejak awal tahun lagi.
A. bagi
B. sejak
C. kepada
D. dengan | A |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan peribahasa yang paling sesuai.
Persembahan Nabil dalam rancangan Raja Lawak sungguh __________ para penonton.
A. mengambil berat
B. mengambil tahu
C. menarik hati
D. mencuit hati | D |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Pelukis itu __________ warna di atas kanvas dengan berhati-hati agar lukisannya cantik.
A. mencalar
B. mencatat
C. melukis
D. mencalit | D |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Rombongan kami __________ bertolak ke Ipoh pada pukul 9.00 pagi tadi.
A. sedang
B. akan
C. harus
D. telah | D |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Haiwan yang besar __________ di air ialah ikan paus.
A. agak
B. paling
C. sekali
D. terlalu | C |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan peribahasa yang paling sesuai.
Abang saya suka berenang manakala kakak hanya suka bermain di __________ kerana dia takutkan ombak.
A. atas pagar
B. luar pagar
C. gigi air
D. bawah angin | C |
Pilih penanda wacana yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
Nurul Aina tidak hadir ke sekolah pada hari ini. __________ dia sakit gigi.
A. Lagipun
B. Mungkin
C. Akhirnya
D. Kemudian | B |
Isikan tempat kosong dengan kata bantu yang sesuai.
Kamu __________ terlambat untuk bertaubat!
A. mesti akan
B. belum hendak
C. masih sedang
D. masih belum | D |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Semua murid di dalam kelas Enam Bestari __________ untuk mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah.
A. berebut
B. bersaing
C. berjuang
D. berlawan | B |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
__________ masa pendudukan Jepun, makanan dan barang-barang keperluan amat sukar didapati serta mahal pula.
A. Di
B. Dari
C. Pada
D. Untuk | C |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
__________, hati ini terguris dengan sikap cemburu mu!
A. Aduhai
B. Cih
C. Cis
D. Eh | A |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
__________, terimalah tumbukanku yang hebat ini!
A. Nah
B. Oh
C. Cis
D. Hai | A |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Kerajaan Terengganu menjadikan aktiviti __________ sotong sebagai salah satu aktiviti yang dapat menarik pelancong asing.
A. menjala
B. memukat
C. mencandat
D. memancing | C |
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
__________ pegawai kastam membuat pemeriksaan, barang seludup itu tiada padanya.
A. Semoga
B. Sewaktu
C. Supaya
D. Setelah | B |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Budak nakal itu __________, tidak disukai rakan sekelasnya kerana dia selalu mencuri.
A. bagai ayam disambar helang
B. bagai sirih pulang ke gagang
C. bagai pucuk pisang didiang
D. bagai anjing buruk kepala | D |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Encik Chan berjaya menangkap pekerjanya yang __________ syarikat dan tindakan tatatertib telah dilakukan.
A. mabuk selasih
B. mabuk darah
C. makan angin
D. makan duit | D |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Pada waktu petang , __________ sebatang kayu adalah lebih panjang berbanding dengan waktu tengah hari.
A. kuda-kuda
B. kisi-kisi
C. jari-jari
D. bayang-bayang | D |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Sang Kancil merupakan haiwan yang __________ pintar.
A. paling
B. sekali
C. betul
D. nian | A |
Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.
Kakak tidak suka akan daging kambing baunya yang __________
A. hapak
B. tengik
C. hamis
D. haring | C |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Kita perlu berusaha gigih sejak dari awal tahun lagi untuk __________ keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR.
A. memiliki
B. mendapati
C. mempunyai
D. memperoleh | D |
Isi tempat kosong dengan kata ganda yang sesuai.
Saya suka __________ di pasar raya Jaya Jusco
A. berulang-alik
B. meliang-liuk
C. bersiar-siar
D. membeli-belah | D |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Chai Sing melukis satu garisan __________ di atas kertas lukisannya.
A. lurus
B. bengkok
C. senget
D. condong | A |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
__________, kerana dipilih sebagai Tokoh Murid pada tahun ini!
A. Syabas
B. Aduhai
C. Hai
D. Eh | A |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Jika kita hanya __________ semua kerja tidak akan menjadi.
A. berpeluk tubuh
B. kaki wayang
C. naik darah
D. beri muka | A |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Perompak itu __________ apabila melihat pihak polis tiba di tempat kejadian.
A. kaki botol
B. kaki bangku
C. kaki ayam
D. angkat kaki | D |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Haiwan peliharaan Suzana, __________ suka makan ikan dan minum susu.
A. si Comel
B. sang kancil
C. sang semut
D. sang rangkok | A |
Isi tempat kosong dengan pekataan berimbuhan yang betul.
Celik komputer ialah prasyarat untuk __________ jawatan yang ditawarkan itu.
A. permohonan
B. memohon
C. pemohon
D. dipohon | B |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Setelah beroperasi selama 20 tahun, syarikat itu terpaksa __________ kerana tindakan pekerja yang tidak bertanggungjawab.
A. gulung tikar
B. angkat kaki
C. curi tulang
D. cuci perut | A |
Pilih jawapan yang mempunyai sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Cerita rakyat merupakan satu cabang sastera tradisional yang perlu diketahui dan dihayati oleh kanak-kanak.
A. Satu cabang cerita rakyat daripada sastera tradisional perlu diketahui dan dihayati oleh kanak-kanak.
B. Kanak-kanak perlu menghayati dan mengetahui sastera tradisional sebagai satu cabang cerita rakyat.
C. Sastera tradisional dan cerita rakyat perlu diketahui dan dihayati oleh kanak-kanak daripada satu cabang.
D. Kanak-kanak perlu mengetahui dan menghayati cerita rakyat sebagai satu daripada cabang sastera tradisional. | D |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Pekerja yang __________ itu telah diberi penghargaan oleh pengurus pasar raya tempat dia bekerja.
A. kepala batu
B. cepat tangan
C. hisap darah
D. ringan tulang | D |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
__________, inilah masanya yang sesuai untuk membalas dendam!
A. Nah
B. Wah
C. Hai
D. Eh | B |
Berikan perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan yang diberikan.
Kasih sayang yang dibina oleh Kamal dan Kamelia berakhir jua. Mereka berpisah setelah sepuluh tahun berkahwin.
A. umpama pucuk dengan umbut, tiada lauk baru dibaham
B. umpama pisau di tangan kanan, timun di tangan kiri
C. umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua
D. umpama bunga sedap depakai, layu dibuang | D |
Isi tempat kosong dengan pilihan jawapan yang betul.
__________ tubuhnya terasa lemah __________ kali diserang demam panas.
A. Tiga suku, sekalian
B. Setengah, beberapa
C. Seluruh, sekalian
D. Seluruh, setiap | D |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Pelayan itu sedang menghidangkan makanan __________ para tetamu.
A. serta
B. untuk
C. supaya
D. daripada | B |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Seng Tan menghulurkan segugus kunci __________ Cikgu Gan.
A. ke
B. untuk
C. pada
D. kepada | D |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Majlis keraian itu akan diadakan __________ rumah Tok Penghulu Muda.
A. di
B. dari
C. demi
D. kepada | A |
Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.
Asap __________ meliputi kawasan perumahan itu semasa kebakaran.
A. tebal
B. nipis
C. berkilat
D. berwarna | A |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
__________, malang sungguh nasib Mak Limah!
A. Aduhai
B. Wah
C. Cis
D. Eh | A |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
8 Pengunjung chalet diberi joran dan beberapa __________ mata kail sekiranya mereka ingin memancing.
A. batang
B. urat
C. rawan
D. bentuk | D |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Normi meminta __________ yang baru bekerja di rumahnya itu mengemas rumah setiap hari.
A. kerang musuk
B. orang dalam
C. orang gaji
D. anak air | C |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Encik Amir menjolok buah rambutan yang tinggi itu __________ galah.
A. untuk
B. pada
C. dengan
D. kepada | C |
Isikan tempat kosong dengan kata bantu yang sesuai.
Shasha __________ pergi ke sekolah pagi esok.
A. akan
B. dapat
C. sudah
D. telah | A |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Mariani mengenali Junita __________ mereka kecil lagi.
A. ke
B. daripada
C. dari
D. sejak | D |
Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.
Itik itu mempunyai bulu yang __________ air menyebabkan bulunya sentiasa kering walaupun berada lama di dalam air.
A. kesat
B. telap
C. telus
D. kalis | D |
Isi tempat kosong dengan pekataan berimbuhan yang betul.
Semua murid dikehendaki __________ di dewan sekolah.
A. mengumpul
B. berkumpul
C. kumpulan
D. dikumpul | B |
Isikan tempat kosong dengan kata bantu yang sesuai.
Pada bulan Julai nanti, ayah __________ membawa kami sekeluarga ke Pulau Langkawi.
A. pernah
B. masih
C. dapat
D. akan | D |
Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.
Pokok kelapa yang __________ itu telah tumbang dipukul ribut petang semalam.
A. luas
B. tinggi
C. rimbun
D. panjang | B |
Pilih jawapan yang mempunyai sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Zainab, ambilkan saya pinggan itu, kata Wati.
A. Zainab menyuruh Wati mengambil pinggan itu untuknya.
B. Pinggan itu diambil oleh Wati dan diberikan kepada Zainab.
C. Zainab diminta oleh Wati supaya meletakkan pinggan yang diberinya itu.
D. Wati meminta Zainab mengambil pinggan itu untuknya. | D |
Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.
Pada hari minggu, Albert Lim menonton televisyen hingga __________ malam.
A. hari
B. larut
C. gelap
D. nampak | B |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Penduduk Kampung Selesa selalu bekerjasama dalam melakukan sesuatu __________.
A. bagai aur dengan lebung
B. bagai pinang dibelah dua
C. bagai kacang lupakan kulit
D. seperti anjing dengan kucing | A |
Pilih jawapan yang mempunyai sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Saya akan menyelesaikan masalah kewangan syarikat itu.
A. Segala masalah kewangan syarikat ini akan saya selesaikan.
B. Segala masalah kewangan yang dihadapi diselesaikan oleh syarikat saya.
C. Selesaikan segala masalah kewangan syarikat saya ini.
D. Masalah kewangan syarikat ini sudah saya selesaikan. | A |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
__________, sakitnya dahiku!
A. Aduh
B. Wah
C. Aduhai
D. Cis | A |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Ibu __________ kelapa untuk mendapatkan santannya.
A. memicit
B. melenyek
C. memerah
D. menindih | C |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Jangan memandang rendah kepada Roy kerana __________
A. jauh panggang dari api
B. nasi sudah jadi bubur
C. bumi mana yang tidak ditimpa hujan
D. air yang tenang jangan disangka tiada buaya | D |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Pelayan restoran __________ dulang yang berisi minuman dengan berhati-hati.
A. menjinjing
B. menatang
C. memegang
D. menggalas | B |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Cikgu Mei memaafkan budak yang melakukan kesalahan itu kerana baginya __________
A. ada udang di sebalik batu
B. indah khabar daripada rupa
C. harapkan pagar, pagar makan padi
D. bumi mana yang tidak ditimpa hujan | D |
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
__________ memaksa Encik Hamzah hadir dalam mesyuarat itu adalah tidak wajar.
A. Andai kata
B. Tatkala
C. Ketika
D. Untuk | D |
Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.
Keadaan Pantai Teluk Cempedak yang agak __________ itu membahayakan anak-anak yang bermain di situ.
A. pantai
B. curam
C. dalam
D. rendah | B |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab telah menjadikan __________ itu sebagai tempat pembuangan sampah.
A. pisau cukur
B. lintah darat
C. otak udang
D. perigi buta | D |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Setiap hari Ahad, Cikgu Selvi akan mengajar anak-anak penduduk kampung itu yang tidak tahu mengira dan __________
A. mata duitan
B. busuk hati
C. kaki ayam
D. buta huruf | D |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Pihak sekolah telah memberi bantuan kepada Seng Kai sekeluarga kerana kehidupan mereka ibarat __________.
A. masuk telinga kanan, keluar telingan kiri
B. berani kerana benar, takut kerana salah
C. ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
D. kais pagi makan pagi, kais petang makan petang | D |
Pilih jawapan yang mempunyai sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Kamalia menasihati adiknya supaya berhati-hati memilih kawan kerana sebarang kesilapan akan merugikannya.
A. Jangan memilih kawan yang merugikan kamu, kata Kamalia.
B. "Adik saya sentiasa berhati-hati memilih kawan supaya tidak merugikan dirinya," kata Kamalia.
C. "Adik, kakak cadangkan agar berhati-hati memilih kawan supaya diri kamu tidak rugi," kata Kamalia.
D. "Berhati-hati semasa memilih kawan agar tidak merugikan kamu," kata Kamalia kepada adiknya. | D |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
__________, atas kemenangan pasukan kamu!
A. Wah
B. Amboi
C. Syabas
D. Aduhai | D |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Berubah __________ Seroja apabila dimarahi oleh Encik Aiman di hadapan rakan sekerjanya.
A. langkah tangan
B. kepala angin
C. telinga nipis
D. air muka | D |
Pilih jawapan yang mempunyai sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Keindahan flora dan fauna yang belum tercemar merupakan daya penarik kepada pelancong ke Taman Negara.
A. Kecantikan flora dan fauna menjadi faktor penarik kunjungan pelawat ke Taman Negara.
B. Pelancong datang ke Taman Negara kerana tertarik dengan keindahan flora dan fauna yang belum terusik.
C. Faktor flora dan fauna di Taman Negara yang belum tercemar menjadi daya penarik kunjungan pelancong.
D. Keindahan flora dan fauna di Taman Negara sangat diminati pelancong. | C |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Seluar yang dipakai oleh Azri __________ hingga mencecah lantai.
A. ketat
B. lanjut
C. labuh
D. longgar | C |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Perompak bank itu menyerah diri __________ pihak polis petang semalam.
A. kepada
B. dengan
C. pada
D. ke | A |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Buku perubatan lama itu menerangkan __________ kaedah akupunktur.
A. di
B. untuk
C. pada
D. tentang | D |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Amalan menabung perlu dipupuk sejak kecil lagi. Bak kata perpatah, __________
A. alah bisa tegal biasa
B. hidup segan mati tak mahu
C. biar putih tulang, jangan putih mati
D. melentur buluh biarlah dari rebungnya | D |
Pilih jawapan yang mempunyai sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Saya hendak berjumpa dengan awak esok, kata Encik Rizal kepada Zaki.
A. Encik Rizal memberitahu Zaki bahawa dia hendak berjumpa dengan saya pada hari esok.
B. Encik Rizal memberitahu Zaki bahawa dia hendak berjumpa dengannya pada keesokan harinya.
C. Encik Rizal mengingatkan saya dan Zaki supaya berjumpa dengannya pada keesokan harinya.
D. Encik Rizal mengingatkan Zaki supaya berjumpa dengannya pada keesokan harinya. | B |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Air mata Zelin menitis apabila terkenangkan peristiwa yang __________ itu.
A. masin
B. masam
C. pahit
D. manis | C |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Perlawanan persahabatan itu akan dijalankan di __________.
A. Stadium Bukit Jalil
B. Jalan Maharaja
C. Restoran Maju
D. Tasik Bera | A |
Pilih jawapan yang mempunyai sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Perpustakaan awam perlu dimanfaatkan untuk melahirkan generasi yang berilmu.
A. Perpustakaan awam tidak perlu dimanfaatkan untuk melahirkan generasi yang berilmu.
B. Perpustakaan awam ialah gedung ilmu terkini.
C. Perpustakaan awam perlu dibina untuk dimanfaatkan.
D. Bagi melahirkan generasi yang berilmu, perpustakaan awam perlu dimanfaatkan. | D |
Subsets and Splits
No saved queries yet
Save your SQL queries to embed, download, and access them later. Queries will appear here once saved.